KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada polis terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan sebarang siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan.
"Siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia) perlu diutamakan, kemungkinan mereka ada sebarang maklumat yang lebih penting dalam kes ini.
"Oleh itu, kami serah kepada PDRM sehingga mereka selesai menjalankan siasatan selepas itu, kami akan lihat dapatan siasatan PDRM, mungkin siasatan mereka telah banyak cover SPRM," katanya dalam sidang media selepas Program Public Private Partnership Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.
Pada 19 Dis 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai US$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.
Pada 9 Jan lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai US$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.
Mengulas tentang siasatan kes Jasmine Loo Ai Swan berkaitan 1MDB, Azam berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti keterangan dan tindakan selanjutnya.
Loo, bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB yang dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB, ditahan pada 7 Julai lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.
Sementara itu, Azam dalam ucapannya pada program berkenaan berkata sesetengah pihak dilihat menjadikan institusi kewangan sebagai tempat selamat untuk menyembunyikan dana haram, berurus niaga dan menukar hasil daripada aktiviti haram.
Beliau berkata institusi kewangan sentiasa terdedah kepada penipuan dan pengubahan wang haram.
"Penjenayah semakin kreatif dalam mencari kelemahan untuk memintas Customer Due Diligence yang dilaksanakan dan mengeksploitasi pelbagai instrumen kewangan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Perbuatan sedemikian dikesan melalui kemudahan pembiayaan perdagangan, insurans, pindahan wang dan amalan rasuah," katanya.
Azam berkata perkembangan pesat teknologi maklumat yang semakin canggih masa kini menjadikan modus operandi pelaku rasuah terus berkembang dan semakin kompleks.
Menurutnya, rasuah dan penipuan kini boleh disembunyikan melalui pelbagai lapisan rekod dan dokumentasi serta penukaran hasil haram dilakukan melalui medium baharu seperti aset maya, peniaga bawah tanah, institusi kewangan rentas sempadan serta perkhidmatan kewangan luar pesisir.
Beliau berkata peranan institusi kewangan sebagai barisan hadapan dalam memerangi rasuah dan penipuan adalah penting kerana penipuan kewangan, sogokan daripada aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram sering menggunakan institusi kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan. - Foto BERNAMA
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.